Monday, December 17, 2012

NASI KANDAR POKOK KETAPANG, BUTTERWORTH

Awal mula pertama mula, saya nak bercerita tentang tempat makan pilihan saya di Pulau Pinang khususnya di sekitar Seberang Perai. Sebenarnya isteri saya berasal dari Seberang Perai, maka selalulah saya berkunjung kesana. menjadi kewajipan setiap kali balik penang.. mestilah pekena Nasi Kandar..

Tepat Jam 12 malam.. ding! ding! 12 x. pelanggan mula beratur.. 
Sebenarnya banyak tempat yang kita boleh nikmati nasi kandar yang sedap dan lazat di Penang. tetapi saya nak tunjukkan satu tempat yang agak 'underground' sedikit. Nama gerai Nasi Kandar ni ' Nasi Kandar Pokok Ketapang' (NKPK). Terletak di tengah bandar Butterworth, dibelakang bangunan TM (Telekom Malaysia). Yang uniknya dan agak 'misteri' adalah gerai ini hanya dibuka untuk jualan bermula jam 12.00 tengah malam.. tapi jangan risau. ini bukan gerai bunian.. memang gerai nasi kandar mamak penang..

Okeh.. sikit lagi sabaq..
Pasal apa nama dia Nasi Kandar Pokok Ketapang? Pasal dia dok bawah pokok ketapang la.. Kenapa aku highlight NKPK ni? Ok.. keistimewaannya ialah nasinya yang lain dari yang lain.. bukan nasi putih biasa, tapi semacam nasi minyak yang rasanya bila dikunyah akan mencetuskan sensasi pelbagai dimensi di dalam mulut (dah macam pengacara Masterchef la plak.. hahaha)

Satu tip saya nak habaq mai la..kalau hangpa mai penang nak makan nasi kandaq ka.. pasemboq ka.. kalau boleh elakkan ambil udang, sotong atau ketam. Memang agak menggiurkan tetapi boleh mengakibatkan anda demam.. bukan pasal tak sedap memakannya.. demam masa nak bayar la.. tapi kalau ada duit lebih untuk dilaburkan.. apa salahnya.. hehe
Seni mencampurkan pelbagai kuah dalam satu pinggan

Menu biasa nasi kandar adalah Ayam Goreng + Sayur atau telur dadar/rebus dan kuah kari pelbagai perisa dicampur keatas nasi. Menu macam ni kebiasaannya hanya berharga RM4 hingga RM5 sepinggan.

Biasa kalau saya makan di NKPK, saya hanya bayar RM10-RM12 untuk makan dua orang sekali dengan air (nescafe atau teh) Murah kan? Jadi kalau sesiapa yang sampai di Butterworth waktu tengah malam dan tak tau kat mana nak tuju untuk mengisi perut, saya cadangkan singgah di NKPK untuk merasa sendiri keenakan Nasi Kandar Penang sejati dengan harga yang murah dan yang penting sedap..

Nasi + Ayam + Sayur + Air Nescafe = RM5.00!



First time saya cuba NKPK ni, rasa tak percaya pula harganya yang murah. Lepas saya cerita kat wife dengan anak-anak terus diorang mintak dibawak.. Untuk makan saya anak beranak (saya, wife dan 3 anak), saya hanya membelanjakan RM 23.00 sahaja..

Cuma nasihat saya.. makan malam-malam ni tak berapa bagus sebenarnya.. tak elok untuk kesihatan.. tapi kalau sekali sekala nak merasa kelainan.. apa salahnya..hehe
Ok, bagi sesiapa yang nak mencuba NKPK ni boleh pergi ke Bandar Butterworth, melalui Jalan Kampung Gajah dan gerai ni terletak di Jalan Telekom, betul-betul belakang bangunan TM.


View Larger Map Adios.. jumpa lagi dilain entri..

Sunday, December 9, 2012

Salam Citrarasa Jalanan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam pertemuan dalam entry pertama saya di Blog Citrarasa Jalanan.  Tujuan saya ber 'blog'? adalah un tuk berkongsi pengalaman saya menikmati makanan dari peniaga dan penjaja jalanan serta restoran-restoran yang ada di seluruh Malaysia.

Meskipun telah banyak wujud blog-blog yang seangkatan, diharapkan kewujudan blog ini dapat menjadi penambah perisa kepada blog-blog sedia ada. Bukan niat untuk jadi terkenal, tapi sekadar berkongsi pengalaman. Idea untuk memblogkan pengalaman saya ini terhasil selepas melalui kepayahan mencari makanan yang kena dengan selera (dan tentunya murah laa..) sepanjang saya bertugas diluar kawasan (outstation la tu.). Jadi, dengan adanya blog ini adalah menjadi harapan saya ianya memberi sedikit manfaat kepada pembaca-pembaca samada sekadar untuk mencuba atau mereka yang ingin melancong dalam negeri, mencari tempat makan.

'MAKAN' adalah merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan khususnya bagi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kenapa saya katakan penting? kita selalu merujuk pekerjaan sebagai 'Cari Makan' dan kita tak sebut sebagai 'Cari Penyakit' atau sebagainya. Memang tidak dinafikan di Malaysia tidak ada masalah orang tak cukup makan melainkan masalah terlebih makan. Ini menggambarkan betapa negara ini amat makmur. Tetapi, jika setiap kali outstation kita nak makan 'Mek D' atau 'Key Ef See' pasal tak tahu tempat yang sesuai dan kena dengan selera.. masalah jugak kan?

Jadi, dari sinilah perlunya kita merujuk kepada kawan-kawan yang tahu. Tapi kalau kawan-kawan pun tak tahu.. tanya saja pakcik 'google' (Pakcik G).. mungkin pakcik G tahu apa yang kawan-kawan tak tahu dan boleh beri pilihan alternatif kepada makanan segera yang boleh menyegerakan kita kepada penyakit diabetes itu.. Selamat membaca :)